Wednesday, 21 April 2010

PROJEK SPRING

Last weekend aktiviti, kami dengan jayanyer telah membersihkan backyard untuk memulakan projek spring. Nak bergadening la kononyerr.... mula2 gotong-royong la membersihkan dulu backyard yg semak. sebenarnye takde la semak sgt, cuma dah penuh ngan pokok2 liar, sampah-sampah ntah mana datang je dan jadi jamban kucing jiran2. Tak banyak pon kawasan yang ada tanah sebab most of backyard tu landlord dah tiles.

little helper of the day!

backyard yang semak-semak manja gitu!

So, kerja2 membersih dimulakan.... my hubby yg banyak memainkan peranan, haha aku jadi tukang sapu n snap gambar jerr (sebab tu gambar buat kerja takde) kuikui

guna plastic bodoh jer buat sarung tangan

Little sweetheart aku yang sorang ni pon buat2 bz menolong. bila org pegang penyapu dia nak menyapu, bila pegang spade, dia nak spade pulak

anak mama yang sgt rajin menyapu!

sebok menyodok tanah pulak!

Masa menggemburkan tanah, pengudaraan semula kepada tanah sebelum kerja2 menanam (cewah almaklum i graduan Fakulti Pertanian, UPM) banyak giler jumpa cacing...hushh gemok2 geram betolll, rasa nak picit2 jer! patut la pokok2 kat sini subur, sbb banyak cacing yang segar bugar. Fatihah takut cacing! menjerit n lari masuk rumah bila tunjuk cacing kat dia haha

antara cacing yang sempat dicapture

yang ni kurus sikit

Jiran sebelah aku sgt baik meminjamkan gardening tools haha sure dia kesian tgk kitorang guna tangan je gemburkan tanah haha... setelah sejam membuat backyard' grooming' akhirnya 'cantik' lah sikit rupernyerr.... next project ialah menanam pokok bunga... aku dah tanam pon tapi tak amik gambar pulak masa menanam bunga guna seed. Sure lambat lagi nak tumbuh haha!

So sekarang hari-hari kena keluar backyard siram pokok bunga(kalau tak 3 hari sekali je kuar, tu pon utk buang sampah). Mak mertua saya suka tanam pokok bunga, dia pernah pesan kalau tanam pokok mesti cakap dengan pokok hari2 baru dia tumbuh... so itulah yang sedang dipraktikkan sekarang, tapi saya train Fatihah bercakap dengan pokok. Semoga pokok bunga ku hidup... kalo tak kita guna 2nd plan. Beli jer pokok yg dah berbunga dan tanam haha!

model gardener contoh & backyard yang sudah bersih

2 comments:

eB ezrin said...

esok dh berbunger snap gambo yer... ;p

Unknown said...

haha hopefully berbunga dgn jayanyerr....



Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers