Wednesday, 28 April 2010

PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK


Contest organized by http://my-happie-family.blogspot.com/

Untuk keterangan lanjut KLIK SINI
Jangan tunggu lagi, tarikh tutup dah nak dekat 1 Mei 2010

Pengalaman menyusukan anak:-

Pengalaman menyusukan Fatihah tidaklah sehebat mommy2 lain yang dapat fully breastfeed baby mereka. Tapi saya sangat bersyukur kerana sampai sekarang, umur Fatihah dah nak mausk 1 tahun 8 bulan masih lagi breastfeed walaupun sedand pregnant second baby. Bukan tak mau bagi susu sendiri sepenuhnya, tapi apakan daya, susu tak banyak... (alasan biasa mommy2 yang tak dapat BF baby mereka). Tapi mmg itulah yg aku experience. Walopon dah berusaha keras, still tak berjaya...mungkin belum cukup usaha aku.

Before Fatihah lagik, aku dah buat persediaan untuk BF, baca buku tentang BF, tanya member2 experience BF, beli breast pam (Madela lagik) ...dgn harapan aku dapatlah BF Fatihah dengan jayanya. TAPI.... sampai masanya susu aku tak keluar pon... sangat tensyennnn....

Lepas Fatihah lahir aku giler tak sabar nak BF kan Fatihah sebab mulut dia dah macam anak burung menganga-nganga. Aku pon hulur la niple kat dia, yeye Fatihah isap tapi tak keluar pon susu aku.... melalak2 Fatihah sebab lapar sgt agaknyer... down giler time tu sbb tak dapat BF dia. Tension sampai aku picit breast aku sekuat2kuat hati dengan harapan ada la susu keluar... tapi sesia jer, sakit ada la huhu! Nurse datang kat aku suruh aku sign surat membenarkan aku bagi formula milk kat Fatihah sebab dah lebey 2 jam Fatihah tak minum. Aku refuse nak sign sbb berdegil nak bagi fully BF kat Fatihah, pastu Mama aku plak datang pujuk aku suruh sign surat tu, huhu aku sign la jugak surat tu sambil nangis2...sob..sob


newborn Fatihah yang sangat dahagakan susu mama..sedey je muka dia


Susu tak keluar2 jugak dah nak masuk hari kelima, aku sgt2 stress sbb kena bagi FM kat Fatihah. Dah macam2 jenis jenis lauk untuk banyakkan susu aku makan, panggil bibik urut badan untuk keluarkan susu pon tapi tak jalan jugak, takde pon experience bengkak susu macam yg mommy lain selalu kena. 5 hari terpaksa bagi Fatihah FM. Sampai hari ke 6 baru susu keluar, tu pon sikit jer tp betapa aku gembira tak terkata la masa tu tapi Fatihah pulak refuse nak isap breast aku...melalak2 bila aku menyusukan dia macam kena dera jer budak ni

So terpaksa la perah susu masuk botol n bagi Fatihah. Rasenye bila Fatihah dah nak masuk 2 bulan baru dia nak normal BF. Susu aku pon tak banyak kalo pam sikit je dapat, jeless btol aku tgk mommy yg buleh produce susu banyak giler wolopon pam 10minit. Aku pam setengah jam nak dapat setengah botol kecik pon alhamdulillah. Aku buat jugak stock susu tapi susu tapi takdelah mampu sampai nak bagi fully BF. Ape yg aku buat untuk terus BF Fatihah ialah keep pumping kat ofis untuk tambah stock BF di siang hari, malam aku bagi full BF.

Walopon tak dapat bagi fully BF, terpaksa campur2 dgn FM. Dapat BF sampai sekarang hehe. Aku sgt seronok BF Fatihah, jarang la dia nak gigit, tapi kadang2 ade la jugak kena ngap! Hopefuly aku dapat BF adik Fatihah dengan jayanya. Semoga ALLAH permudahkan urusan untuk BF adik Fatihah nanti.




No comments:



Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers