Thursday, 8 May 2008

~Mengimbau Kenangan Lalu-Part 2~

My Beloved Dumuk
Dumuk is my beloved pets. Dia ialah seekor rabbit betina yang sangat comel+gemuk+baik+sangat manja.....
I bought Dumuk at Pet World Midvalley, sometime around September 2003.... time tu her age around 4 months.... tersangatlah comelnya sampai aku tak pikir dua kali terus je beli walaupon harganya bleh tahan la mahal... Rabbit masa baby mmg mahal especially imported, makin besar makin jatuh harga! Tapi dah jatuh hati punya pasal ku beli jua...

So membesar la Dumuk di bawah jagaan my bf (sekarang dah jadi husband)... Actually Dumuk owner is Mr. Pojan (my husband)...Dia yang jaga Dumuk dari kecik sampai besar, coz aku tak leh nak jaga sbb duduk hostel, pets are not allowed! Dia ada sebuah bilik yang besar. Mewah rabbit ni idup dalam bilik! So weekend baru aku ambik bawa balik rumah, mandikan n bawak pergi park jalan-jalan. Sebab Pojan takut nak mandikan Dumuk.

Then bila Dumuk dah 'baligh' dia jadi agresif sikit, semua benda dia gigit, habislah suratkhabar ngan wayar dia gigit... dia nak mengawan rupanyer.... aku carikan jgak jantan handsome nak kawinkan ngan Dumuk tapi sampai sudah tak jumpa.... so jadi anak dara tua lah Dumuk sampai ke akhir hayat..... (Moral of d story: Jgn Pilih Menantu)

Bila dah kawin dgn Abang Pojan, we move to rumah teres, this time Dumuk dah tade bilik special, so kitorang letak kat luar rumah laman belakang, tapi still sediakan pondok utk Dumuk lepak-lepak... berteduh dari hujan panas. Tapi hayat Dumuk tak panjang..... kitorang pon tak tau yang Dumuk sakit... sebab sebelum dia mati dia ok jer melompat riang gembira mcm selalu, makan banyak, gesel-gesel kat kaki aku, melepek bila diurut2 (semua kenangan dengan Dumuk). Tapi petang before dia mati, lepas balik kerja mcm biasa, aku tgk dia kat dapur nak bagi makan n main dgn Dumuk, tapi dia monyok sgt, tak datang pon kat aku, makanan yang aku letak pon tak habis, then bila aku angkat, muka dia mcm sedeh jer... Aku pon belai n sikat bulu Dumuk, banyak sgt gugur, dah agak mesti dia sakit, ckp dgn abang balik kerja esok nak bawak Dumuk g jumpa doktor. Malam tu Dumuk tido dalam rumah...

Tepat jam 1 pagi, kitorang tak tido lagi tengah buat kerja master, tiba-tiba dengar bunyi sangkar Dumuk bergegar..... then terus g tengok, masa tu tgk Dumuk dah lembik, dia mcm tgh tahan sakit... Air mata aku dah mengalir laju, aku terus jer riba Dumuk usap-usap dia, nak tolong pon tak tau nak buat ape, bagi air pon dia tak nak... few minit lepas tu Dumuk batuk, mata dia pon dah berair, dada dia turn naik laju sangat, then dia mcm tersedak keluar air colour hijau dari mulut dia pastu jantung dia pon berhenti berdenyut..... My Beloved Dumuk dah tak ada....Dumuk mcm tau jer kitorang nak balik kampung lusa nyer, so dia mati awal so that dapat uruskan dia... Next day kitorang tanam belakang rumah tempat selalu dumuk lari-lari, aku tanam pokok Bactris atas Kubur Dumuk, sebagai kenang-kenangan.... Sure Dumuk dah ada dalam taman syurga.

Seminggu jugaklah aku ambil masa nak hilangkan rasa sedih kehilangan Dumuk, walaupon seekor rabbit tp pemergiannya cukup berbekas di hatiku... cewah! (ayat novel) tapi mmg aku sedih gila laaa, Abang pon sedeh, 1st time tgok dia nangis mlm Dumuk mati. Now we have the Dumuk Jr's - Kiki & Lala -

No comments: